LUASMap@GIS adalah merupakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang dibangunkan pada tahun 2020 secara web-based dan open source system untuk membantu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mencapai dan memperolehi maklumat pemetaan spatial berinformatif bagi aktiviti utama yang dijalankan LUAS secara pemetaan spatial atas talian. Sistem ini dibangunkan bagi menambahbaik dan menggantikan sistem lama GIS LUAS iaitu Sistem e-LUAS yang telahpun digunapakai sejak tahun 2009. Melalui LUASMap@GIS ini satu bentuk platform pemetaan spatial yang komprehensif dan user friendly disediakan yang mengandungi maklumat aktiviti utama LUAS berkaitan pengurusan sumber air di Negeri Selangor melalui pengintegrasian data secara real-time daripada sistem pelesenan dan sistem pengurusan maklumat sediada LUAS yang mana kemudiannya akan diintegrasikan dengan data-data asas spatial lain termasuk data persendirian yang dibangunkan oleh LUAS sendiri melalui kerja-kerja lapangan dan kajian serta data daripada jabatan, agensi luar bagi tujuan membantu dan memudahkan pengguna membuat keputusan samada di pejabat ataupun di tapak dengan lebih efisien dan pantas. Selaras dengan bidang tugas dan keperluan pengguna, LUASMap@GIS ini mempunyai lapan (8) modul utama yang dilengkapi dengan attribute table bagi setiap data yang dipaparkan iaitu : 1. Modul Asas : Modul pemetaan spatial bagi menempatkan layer data-data spatial asas seperti kawalan layer (sumber air, sempadan pentadbiran sumber air, sempadan pentadbiran Negeri, lot tanah, stesen pemantauan kualiti air, gunatanah setiap PBT, pelan potensi pencemaran dan kajian-kajian LUAS. Di dalam modul ini juga fungsi-fungsi asas GIS turut dibangunkan dan disediakan seperti menu carian, menu paparan zoom in-out, menu import layer satellite image dan menu tools dan editing serta lain-lain menu yang berkaitan dengannya. 2. Modul e-Report dan Aplikasi Mobile (Android dan IOS) : Modul pemetaan spatial untuk tujuan penyediaan laporan lawatan tapak, laporan mesyuarat dan berkaitan dengannya secara atas talian samada melalui desktop ataupun aplikasi mobile (Android dan IOS). Melalui modul ini, maklumat-maklumat penting akan disimpan dalam format borang yang disediakan. Laporan ini diintegrasikan dengan kemudahan simpanan secara PDF dan Microsoft Word dan perkongsian melalui platform email. 3. Modul e-Ulasan : Modul pemetaan spatial untuk tujuan penyediaan laporan ulasan terhadap surat-surat permohonan, aduan daripada luar dan berkaitan dengannya secara atas talian melalui desktop. Melalui modul ini, maklumat-maklumat penting akan disimpan dalam format borang yang disediakan. Laporan ini diintegrasikan dengan kemudahan simpanan secara PDF dan Microsoft Word dan perkongsian melalui platform email. 4. Modul SKAPS : Modul pemetaan spatial yang dibangunkan melalui integrasi data pelesenan secara real-time daripada sistem pelesenan sediada LUAS iaitu Sistem Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber (Sistem SKAPS). 5. Modul LEDS : Modul pemetaan spatial yang dibangunkan melalui integrasi data pelesenan secara real-time daripada sistem pelesenan sediada LUAS iaitu Sistem Licensing Of Effluent Discharge (Sistem LEDS). 6. Modul SPASA : Modul pemetaan spatial yang dibangunkan melalui integrasi data pelesenan secara real-time daripada sistem pelesenan sediada LUAS iaitu Sistem Pelesenan Abstraksi Sumber Air (Sistem SPASA). 7. Modul e-Notis dan Modul e-Kompaun : Modul pemetaan spatial yang dibangunkan melalui integrasi data secara real-time daripada sistem pengurusan maklumat sediada LUAS iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Kompaun dan Notis (ENOKS). 8. Modul Rekod Data Asas : Modul yang dibangunkan bagi tujuan kegunaan pengguna individu bagi penyediaan pemetaan spatial untuk kemasukan data dan maklumat tidak rasmi bagi kegunaan persendirian dan berkaitan dengannya. Akhir kata, dengan adanya LUASMap@GIS ini diharapkan akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya penggunaannya dalam membantu dan memudahkan kerja harian kakitangan LUAS. Ini juga dilihat sebagai satu langkah kehadapan LUAS dalam mencapai sistem penyampaian maklumat yang lebih efisien yang bercirikan sistem teknologi terkini. Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Unit Teknologi Maklumat terutamanya, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pengurusan Pantai, Bahagian Perancangan dan Pembangunan dan Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan bagi merealisasikan pembangunan sistem ini. Pihak-pihak berkepentingan ini seterusnya akan bertindak samada sebagai Pentadbir Sistem, Pentadbir dan Pengguna bagi sistem ini. Sekian, terima kasih. Urusetia Projek Bersama, Unit Perancangan & Penyelidikan (UPP) dan Pejabat Wilayah Klang/Sg. Buloh (PWKB), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Mac 2021
Lembaga Urus Air Selangor Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan, No.3 Jalan Indah Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
03-5511 1800
03-5510 1800
019-264 7904
aduan@luas.gov.my
Tingkat 3, Bangunan Sultan Hishammuddin Alam Shah, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
03-8926 7701
03-8906 7724
[email protected]
Unit Pengurusan Makmal, No. 11 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
03-5523 0035
03-5523 0073
[email protected].my
Terima kasih kerana melayari Portal LUASMap@GIS. Sekiranya anda mengakses Portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sekiranya anda tidak bersetuju, diharap anda tidak melayari Laman Web ini. Umum Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi Portal ini. Penggunaan dan / akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari masa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini. Hak Cipta Terpelihara Portal ini adalah Portal Rasmi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Hak cipta Portal Rasmi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks dan susunannya serta bahan-bahannya ialah keupayaan Kerajaan Negeri Selangor kecuali dinyatakan sebaliknya. Sekatan Penggunaan Kandungan Tiada mana-mana bahagian Portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk menggunakan sebarang bahagian kandungan di dalam Portal ini, pengguna mestilah mendapatkan kebenaran bertulis yang menyatakan kandungan yang digunakan, tujuan perlakuan, tempoh masa dan kuantiti pengguna. LUAS mempunyai hak mutlak untuk tidak memberikan kebenaran tanpa sebarang alasan ; dan/atau jika maklumat yang diberi oleh pengguna tidak mencukupi.Pengubahsuaian mana-maan kandungan atau penggunaan kandungan untuk sebarang tujuan merupakan penyalahgunaan harta intelek LUAS. Grafik dan imej di Portal ini telah dilindungi dan tidak boleh dicipta semula atau diperlakukan tanpa sebarang kebenaran bertulis dari pihak LUAS. Kemudahan Penterjemahan Web PENAFIAN: Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Keberangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman web yang asal yakni dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penafian Hak dan Tanggungjawab Kandungan Portal ini disediakan sebagai dasar tanpa jaminan. Terma dan syarat penggunaan Portal ini diuruskan dan diselaraskan dalam persetujuan undang LUAS tidak akan memberi sebarang jaminan undang-undang sekiranya :-- Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini; Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada Portal ini; LUAS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kehilangan dalam sebarang bentuk samada secara langsung atau tidak langsung dalam penggunaan kandungan Portal ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain dari kandungan Portal ini. Hak Capaian LUAS berhak untuk menghadkan capaian ke Portal ini kepada orang tertentu atau menyekat capaian dari alamat internet tertentu ke atas Portal ini, pada bila-bila masa, tanpa sebarang punca atau sebab dan sebagainya. Pautan dari Portal ini ke Portal lain Portal ini mengandungi pautan ke Portal lain yang tidak dimiliki dan diselenggara oleh LUAS. LUAS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan pada Portal luar tersebut dan tidak akan meminda terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan terhadap capaian Portal luar tersebut. Capaian terhadap Portal luar tersebut adalah di bawah risiko anda sendiri. Laman Pautan luar ini disediakan sebagai kemudahan kepada orang ramai. Tiada keadaan di mana LUAS berhak meminda sebagai menjaga hak anggota atau keahlian bersekutu atau anggota gabungan dalam apa jua cara dagangan atau kesan perkhidmatan, logo, tanda kebesaran atau lain-lain peralatan yang digunakan atau memaparkannya dalam Portal yang mana telah dipaut melalui Portal ini. Pautan ke Portal ini dari Portal lain Selain daripada perkara di bawah, pautan ke Portal ini adalah dilarang. Pautan ke Laman Utama : Anda boleh berhubung ke Portal ini menerusi notis pemberitahuan LUAS secara bertulis. Hyper - pautan ke muka dalaman Portal ini : Anda mestilah mengemukakan permintaan yang terperinci dan kebenaran keselamatan dari pihak LUAS terlebih dahulu. LUAS berhak mengenakan syarat apabila memberi kebenaran hyper-pautan ke Portal ini atau mana-mana kandungan. Pautan dan'framing' anda ke Portal ini atau sebarang kandungannya akan dianggap penerimaan dan persetujuan anda ke atas semua syarat-syarat ini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan pengggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini. LUAS berhak untuk membatalkan sebarang pautan dan LUAS tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kandungan yang diperolehi dari lain-lain Portal yang dipautkan ke atau dari Portal ini. Penafian bagi laman atas talian (media sosial dan laman rasmi) yang menggunapakai nama LUAS atau seumpamanya. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menafikan dan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan, komen atau pendapat yang dinyatakan oleh penulis menggunakan sumber LUAS atau sebaliknya. Ia menjadi tanggungjawab penulis tersebut sepenuhnya, dan tidak semestinya membayangkan pandangan LUAS sendiri. LUAS juga tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau fungsi sebarang sumber yang tidak dimiliki oleh LUAS. Perintah Undang-Undang Terma dan syarat-syarat Portal ini diuruskan dan diselaraskan dalam persetujuan undang-undang Malaysia.
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini. Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini. Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini. Had Tanggungjawab Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada: Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini, Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini. Pautan Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut. Penamatan Kami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut. Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini. Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya. Umum Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.
Privasi Anda Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelawat. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi sektor awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan atau merekodkan aduan, maklumat yang diperlukan disalurkan kepada agensi kerajaan yang lain. Data Peribadi Pelawat mungkin diminta mengemukakan maklumat peribadi seperti nama dan alamat e-mel untuk penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Perkhidmatan tersebut adalah seperti penghantaran notis melalui e-mel, maklum balas laman web atau cadangan idea/aplikasi. Sebarang maklumat peribadi yang dikemukakan kepada laman web ini tidak akan didedahkan melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang. Maklumat Terkumpul Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang anda putuskan untuk dikemukakan melalui pesanan penerbitan, penghantaran e-mel atau langganan perkhidmatan e-mel di laman web ini. Laman web ini hanya berkongsi maklumat anda dengan agensi kerajaan lain sekiranya soalan anda berkaitan dengan agensi tersebut, atau sebaliknya sekiranya diperlukan. Laman web ini tidak mengumpul maklumat atau mewujudkan profil individu untuk pemasaran komersial. Maklumat Log Apabila anda melayari laman web ini, kami mungkin menyimpan maklumat log berikut secara automatik seperti alamat protokol Internet tempat anda melayari, tarikh dan masa, nama laman web tempat anda membuat pautan, nama fail atau perkataan yang anda cari, butiran yang anda klik pada laman, dan pelayar serta sistem pengoperasian yang anda gunakan. Maklumat log ini digunakan untuk mengukur bilangan pelawat yang berkunjung ke laman web ini dan mengenal pasti prestasi atau masalah sistem. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu dalam membangunkan laman, analisis corak penggunaan, dan untuk menjadikan laman ini lebih berguna. Laman web ini tidak berkongsi atau menjual data pelawat bagi tujuan pengiklanan, pemasaran atau sebarang tujuan komersial. Penggunaan Kuki (Cookies) Laman web ini menghasilkan kuki, yang dikumpulkan oleh pelayar laman web bagi membolehkan ia mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. Kuki ini tidak menyimpan data anda secara kekal dan ia juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Kuki akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda. Pautan Kepada Laman Web yang Lain Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. Perlindungan Data Teknologi terkini termasuk perisian penyulitan data digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Dasar Keselamatan